Effektif Microbiologi EM
![]() |
EM, teknologi yang mengubah dunia! |
![]() |
Yeast, Lactic Acid Bacteria & Phototropic Bacteria
EM mengandung mikroorganisme fermentasi dan sintetik yang terdiri dari bakteri Asam Laktat (Lactobacillus Sp), Bakteri Fotosentetik (Rhodopseudomonas Sp),Actinomycetes Sp, Streptomyces SP dan Yeast (ragi) dan Jamur pengurai selulose, untuk memfermentasi bahan organik tanah menjadi senyawa organik yang mudah diserap oleh akar tanaman.
|
Penerapan Teknologi EM merupakan suatu teknologi alternatif meningkatkan kualiti alam
![]() |
Asid Laktik mikrob mengatasi pencemaran |
Oleh kerana bekalan air ke rumah kita tidak berkualiti, maka banyak pihak mengaut keuntungan melalui perniagaan menjual penapis air. Pelbagai jenis penapis didakwa sebagai terbaik untuk merawat air. Akhirnya pengguna terpaksa berbelanja hingga ribuan ringgit untuk membeli penapis ini. Status air kita yang tidak begitu sihat memberikan peluang kepada para peniaga ini mengeksploitasi pasaran.
Kualiti air paip di seluruh negara berbeza-beza. Kadar mendapan pepejal di dalamnya (TDS) adalah berbeza antara atu tempat dengan tempat lain. Kadar TDS di lembah Kelang misalnya agak tinggi berbanding air di Tapah atau di Kampar Perak. Oleh kerana sumber air asal adalah daripada sumber yang berbeza, maka ukuran TDS akan berbeza. Di negara maju, mereka menggunakan ozon untuk merawat air, namun kita masih bergantung kepada klorin lagi.
Melontar bola selut di perairan Gurney Drive |
Kita telah ditemukan dengan satu kaedah merawat air menggunakan biotek di mana kelompok-kelompok mikrob bermanfaat atau EM digunakan untuk merawat pencemaran air. Teknologi EM yang dimajukan oleh Profesor Dr Higa dari Jepun ini kini telah digunakan dengan berkesan untuk menghadapi pncemaran air. Ia dimanfaatkan oleh aktivis EM di seluruh dunia di mana kini dianggar lebih 140 buah negara menggunakannya. Malaysia juga adalah antara negara yang kini menerima pakai teknologi EM ini.
Air tercemar boleh dirawat dengan menuangkan cairan EM ke dalamnya. Contoh mudah EM boleh digunakan di rumah. Sekiranya ia digunakan di tandas atau bilik air, EM akan mengalir ke dalam longkang atau saluran najis. Ia akan membersihkan air kumbahan di samping membersihkan salurannya. Air yang mengandungi EM akan mengalir ke longkang , ke sungai dan akhirnya ke laut. DI sepanjang perjalanan, mikrob dalam EM terus hidup dan bereaksi dengan mikrob pencemar (patogen). Ia akan membersihkan persekitaran di mana sahaja laluannya.
Kini bola selut yang mengandungi EM pula digunakan untuk merawat kawasan air tercemar seperti di kolam, tasik, sungai dan laut. Di Jepun bola-bola selut EM ini didapati berkesan memulihkan beberapa lokasi perairan. Di Thailad dan beberapa buah negara yang mengamalkan teknologi EM dengan serius telah membuktikan perairan mereka yang tercemar telah dapat dirawat.
Malaysia juga kini sedang mengarah ke situ. Beberapa pertubuhan dan aktivis EM di Malaysia sudah memulakan usaha merawat sumber air tercemar dengan bola-bola selut ini. Tahun lalu satu projek besar membersihkan perairan telah dijalankan di Pulau Pinang. Projek yang dinamakan 'sejuta kemaafan kepada bumi' ini telah disertai oleh pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkaitan. Sebanyak sejuta bola selut dibaling ke perairan (sungai dan laut) di Pulau Pinang untuk mengurangkan kesan pencemarannya. Projek bulan Ogos 2009 itu turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang semasa melancarkannya di Padang Kota (Gurney Drive).
ikan hidup sihat dalam kolam dirawat dengan EM (sumber : http://alamlestarialami.blogspot.com/2010/03/guna-teknologi-em-untuk-merawat-sumber.html) |
MERAWAT TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tapak pelupusan yang tidak diurus secara sanitari akan membawa kepada masalah bau busuk kepada penduduk sekitar disamping masalah hama dan lalat membiak, mengganggu penduduk sekitar disamping membawa punca penyakit. Lechate yang terhasil daripada timbunan sampah akan mengalir kekawasan sekitar yang akhirnya mencemar sumber air.
larutan EM disembur kepada sampah |
Teknologi EM digunakan bagi mengatasi masalah ditapak pelupusan sampah dengan cara larutan EM disebur kepada timbunan sampah akan dapat mengatasi masalah bau busuk dan pembiakkan hama dan lalat.
Setelah 30 minit larutan EM disembur kepada sampah, bau busuk akan hilang. Dalam masa 12 jam, bau busuk akan kembali lagi dan ulangan penyemburan dibuat semula untuk menghilangkan semula bau busuk. Proses ini berterusan hinggalah sampah bertukar menjadi kompos.
melontar mudball kedalam takungan air |
Masalah lechate diatasi dengan memasukkan mudball atau bebola lumpur EM kedalam kolam takungan atau ketempat lechate berkumpul.
Teknologi ini telah digunakan di Samutprakan, Bangkok, Thailand.
Lukman berkata, melalui penggunaan kaedah rawatan teknologi EM, MPPG menjangkakan kualiti air luluh larut di tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat akan dapat dipertingkatkan sehingga memenuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga keperluan ISO 14001 (Sistem Standard Alam Sekitar) MPPG.
Sumber: Berita Harian, 28 Ogos 2009
![]() |
membersih tandas awam dengan EM |
- Menghilangkan bau tidak sedap pada kamar mandi dan WC.
- Mengatasi saluran got/WC yang tersumbat.
- Menghemat biaya pengurasan septic tank.
- Dapat digunakan untuk membuat kompos.
- Hemat dan ramah lingkungan
![]() |
Menghilangkan bau busuk |
PENGURAIAN BUANGAN ORGANIK DALAM TANGKI SEPTIK
MENGAWAL PROSES PEMBUSUKAN (PUTREFACION)
EM mampu mengurangkan paras ammonia terendah mencapai 0ppm dan bagi keadaan biasa adalah pada paras 5ppm. Ammonia adalah bahan oksidatif yang merangsang pertumbuhan mikrob pathogen. Antioksidan yang dihasilkan EM bertindak ke atas bahan organan dan berupaya memberhentikan proses pembusukan seterusnya menghalang penghasilan gas berbahaya, mengurangkan lalat dan serangga serta menghalang peyebaran penyakit berbahaya.
MERAWAT LONGKANG, SUNGAI DAN TASIK
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130301/wb_04/Guna-kaedah-EM-bersihkan-Sungai-Bintangor#ixzz3ilW9yYfy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Probiotik adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna denganasid laktik bakteria sebagai mikrob yang paling umum dipakai mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik. Probiotik bermaksud bakteria baik . MM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.
Kandungan Bengkel
1. Asas teknologi EM
Teknologi EM ditemukan pertama kali oleh Prof. DR. Teruo Higa dari Universitas Ryukyus, Okinawa, Jepun, dan telah diterapkan secara luas di negara-negara lain di seluruh dunia, seperti Amerika, Brasil, Taiwan, Korea Selatan, Thailand, Srilanka, India, Pakistan, Selandia Baru dan Australia.
(a) Bakteri fotosintetik berfungsi untuk mengikat nitrogendari udara bebas,memakan gas-gas beracun dan panas dari hasil proses pembusukan, sehingga polusi di dalam tanah menjadi berkurang.
(b) Ragi berfungsi untuk memfermentasi bahan organik tanah menjadi senyawa-senyawa organic (dalam bentuk alkohol, gula, dan asam amino) yang siap diserap oleh perakaran tanaman.
(c) Lactobacillus berfungsi untuk memfermentasi bahan organik menjadi senyawa-senyawa asam laktat yang dapat diserap oleh tanaman.
(d) Actinomycetes dan Streptomyces berfungsi untuk menghasilkan senyawa-senyawa antibiotik yang bersifat toksik terhadap patogen/penyakit, serta dapat melanjutkan ion-ion fosfat dan ion-ion mikro lainnya.
Cara kerja EM telah dipublikasikan secara ilmiah yang menunjukan bahwa EM dapat ;
(a) menekan pertumbuhan patogen tanah,
(b) mempercepat fermentasi limbah dan sampah organik,
(c) meningkatkan ketersediaan nutrisi dan senyawa organik pada tanaman,
(d) meningkatkan aktivitas mikroorganisme indogenus yang menguntungkan, seperti ; Mycorhiza, Rhizobium, bakteri pelarut, fosfat, dll.
(e) Memfiksasi nitrogen,
(f) Mengurangi kebutuhan pupuk dan pestisida kimia.
ALAM SEKITAR
Mikroorganisme yang terdapat di dalam EM terdiri dari: Lactobacillus (bakteri asam laktat), bakteri fotosintetik, Actinomycetes, Strepmyces sp, dan ragi. EM meningkatkan fermentasi limbah dan sampah organik, meningkatkan ketersediaan nutrisi terhadap tanaman serta menekan aktivitas serangga hama dan mikroorganisme patogen.
PEMBERSIHAN SUMBER AIR
Guna teknologi EM untuk merawat sumber air (Oleh Afifi Ahmad)
Manusia meremehkan kewujudan air. Lebih teruk lagi, mereka menghinanya dengan membiarkan ia tercemar oleh tabiat buruk manusia yang menjadikannya tempat membuang segala sisa-sisa kotoran dan toksid. Melalui perbuatan buruk tesebut, air berubah daripada sumber kehidupan kepada sumber yang rosak dan merosakkan.
Umumnya kita melihat tidak ramai orang yang serius membela nasib air. Semua pihak termasuk pihak yang mempunyai kuasa nampaknya tidak begitu menghiraukan nasib air, kerana buat masa ini kita masih berasa selamat kerana masih mempunyai bekalan air yang mencukupi, mempunyai sumber-sumber air yang masih menyediakan air kepada kita. Umumnya sebagai pengguna, sebahagian besar kita tidak menyedari bahawa kita mendapat bekalan air yang tidak bersih dan tidak selamat dari perspektif kesihatan. Sungguhpun di setiap rumah bekalan air sampai melalui paip, namun kita dibekalkan dengan air yang berkualiti rendah, tercemar dan tidak jernih. Ada ketikanya air yang sampai di rumah kelihatan keruh akibat klorin. Penggunaan klorin bertujuan membunuh kuman dan bakteria, tetapi ia sendiri adalah kimia yang memudaratkan. Akhirnya kebanyakan rumah terpaksa merawat lagi air paip (yang didakwa sudah dirawat) itu. Orang menggunakan pelbagai jenis mesin dan alatan merawat air daripada penapis, penyaring dari pelbagai jenis.
Satu lagi projek sedang dijalankan oleh kumpulan NGO yang ditaja oleh Standard Charted di mana mereka sedang berusaha merawat air di tasik Zoo Negara. Mereka juga menggunakan bola-bola selut untuk melawan pencemaran air di sana.( sumber : http://alamlestarialami.blogspot.com/2010/03/guna-teknologi-em-untuk-merawat-sumber.html )
MPPG guna teknologi moden mikroorganisma
PASIR GUDANG: Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan menggunakan teknologi mikroorganisma berkesan (EM) di kolam rawatan tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat, di sini.Sebanyak 12,400 liter larutan dan 9,400 bebola EM akan dimasukkan secara berperingkat ke dalam kolam rawatan air luluh larut di tapak pelupusan sampah berkenaan secara berperingkat dalam usaha meningkatkan kualiti alam sekitar di kawasan berkenaan.Yang Dipertuanya, Lukman Abu Bakar, berkata untuk permulaan, sebanyak 3,000 liter dan 3,000 bebola EM sudah dimasukkan ke dalam kolam rawatan tapak pelupusan sampah kira-kira 20 hektar yang terletak di kawasan perindustrian Tanjung Langsat itu.Katanya, bahan berkenaan akan dibiarkan stabil di dalam kolam selama kira-kira dua bulan dan dalam tempoh itu, bacaan parameter air akan turut dipantau.“Apabila penurunan nilai bahan seperti ammonikal nitrogen mencapai tahap stabil, rawatan lanjut akan diteruskan dengan memasukkan EM ke dalam kolam terbabit sehingga kualiti air mencapai piawai B yang dikehendaki,” katanya di sini, baru-baru ini.
Tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat mula digunakan pada 2 Mei 2002 dan menerima sampah dari kawasan perumahan dan industri sebanyak 350 tan sehari.Terdapat dua sel seluas 5 hektar setiap satu tapak di mana sel pertama sudah penuh dan sel kedua kini sedang digunakan dengan semua air luluh larut disalurkan ke kawasan pengumpulan sebelum dipam ke kolam perawatan.
Air luluh larut berkenaan akan melalui kawasan tanah lembab sebelum bertemu dengan parit bersebelahan tapak pelupusan dan seterusnya ke Sungai Tiga yang terletak sejauh dua kilometer dari situ. Proses ini membantu penjagaan alam sekitar di kawasan Pasir Gudang.
TANDAS AWAM
EM mengandung berbagai mikroorganisme yang effectif yang masing-masing mikroorganisme ini mempunyai kerja yang sangat spesifik dan bekerjasama secara sinergis dalam menguraikan limbahorganik serta menagkap gas yang menyebabkan bau (H2S, NH3 dll) sebagai sumber energi untuk melakukan aktivitasnya sehingga sangat tepat untuk digunakan pada WC/Septik Tank menghilangkan bau kurang sedap ataupun menekan baketri pathogen (E.Colli,) yang terdapat dalam air tanah akibat resapan septic tank yang ummnya dijumpai di kota-kota yang padat penduduknya.
Manfaat EM Toilet
Cara Penggunaan EM Toilet
WC/Toilet/Got
Menghilangkan Bau di Kamar Mandi
Disemprotkan pada lantai dan dingding kamar mandi, setiap minggu sekali atau seperlunya.
Menghilangkan Bau Sampah dan Mencegah Lalat
Disemprotkan pada tumpukan sampah. Sampah tersebut selanjutnya dapat digunakan sebagai pupuk organic.
Menghilangkan Bau di Tempat Cucian Dapur
Di semprotkan di sekitar tempat cucian setiap 2 – 3 hari atau seperlunya.
PENGKOMPOSAN SISA PEPEJAL ORGANIK
Masukan ke dalam tangki septik atau melalui kloset dengan aplikasi 1 - 2 kali/bulan.
Bagaimanakah EM ini bertindak dan diaplikasikan sebagai bahan pemusnah yang amat berkesan kepada pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar, khususnya dalam pengurusan dan pemuliharaan sungai dan takungan-takungan air? Sebenarnya tidak sukar untuk EM ini diaplikasikan. Kaedah mudah ia diaplikasikan ialah dengan menempatkan bebola lumpur (yang diperbuat daripada tanah liat yang dicampur dengan cecair BM, bahan-bahan organik dan mineral) ke dalam sungai-sungai yang tercemar untuk proses pemulihan. Bebola lumpur diformulakan adalah untuk kesesuaian kes atau persekitaran, di mana ia mudah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak secara perlahan-lahan dari dasar air yang bertujuan untuk memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur, logam berat dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu tindakbalas bebola lumpur adalah sangat cepat dan ia mampu bertahan selama sebulan. Malah hasilnya juga kadang-kadang dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat, iaitu kira-kira tiga hari selepas bebola lumpur tersebut dicampakkan ke dalam sungai.
Selain diaplikasikan ke atas sungai-sungai yang tercemar, bebola lumpur yang dipenuhi EM juga boleh diaplikasikan ke atas sumber-sumber takungan air yang lain seperti tasik dan kolam sebagai bahan pemusnah pencemaran yang amat berkesan. Walaupun bebola lumpur banyak diaplikasikan untuk tujuan perawatan air, namun kini penggunaannya adalah semakin meluas untuk tujuan ternakan air atau akuakultur yang bertujuan menjaga kualiti air dan memastikan kandungan mikroflora air adalah sentiasa seimbang. Dengan kaedah pengaplikasiannya yang mudah, bebola lumpur sangat sesuai dan praktikal bagi membantu menguruskan persekitaran dan ekosistem akuatik kita yang kini kian terancam akibat pelbagai bahan pencemar.
GUNA KAEDAH EM BERSIHKAN SUNGAI BINTANGOR
KUCHING 28 Feb. - Kerajaan negeri hari ini mengambil langkah menggunakan teknologi berasaskan mikro organisma efektif (EM) bagi membersihkan Sungai Bintangor di sini.
Menteri Pelancongan negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi yang menawarkan kaedah rawatan semulajadi itu bertujuan membersihkan dan mengurangkan bau busuk akibat mendapan sisa kotoran di sungai tersebut.
Katanya, usaha meningkatkan kebersihan sungai itu perlu dilakukan segera memandangkan tahap kualiti Sungai Bintangor kini di tahap kurang memuaskan.
"Kualiti Sungai Bintangor kini berada pada tahap C iaitu tidak sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti sukan air dan tidak boleh diminum.
"Langkah ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam mempelbagaikan kaedah rawatan sungai dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kualiti sungai," katanya.
Beliau berucap dalam majlis pelancaran pemuliharaan Sungai Bintangor Jalan Datuk Ajibah Abol, Kampung Masjid di sini hari ini.
Yang hadir sama Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof dan Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.
Teknologi EM merupakan kandungan biologi yang terdiri daripada gabungan bakteria baik iaitu asid laktik, fototropik, yis dan antinomycetes dengan tanah liat serta bahan organik lain seperti molases dan mineral.
Kesemua bahan-bahan tersebut akan digumpal menjadi bentuk bola yang dikenali sebagai mudball dan dibaling ke dalam sungai.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari, bahan-bahan tersebut akan larut dan kesemua mikro organisma mulai bertindak mengurai segala mendapan yang terdapat di dalam sungai.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sekiranya penggunaan teknologi EM itu menunjukkan tindak balas positif terhadap Sungai Bintangor, kerajaan negeri akan memperluaskan penggunaannya di sungai-sungai lain.
Bagaimanapun katanya, usaha kerajaan melalui pelbagai program hanya sia-sia sekiranya tiada komitmen jitu dalam kalangan penduduk setempat untuk memastikan kawasan sungai tidak tercemar.
PERTANIAN / LANDSKAP
EM merupakan kultur campuran dari microorganisms yang menguntungkan bagi pertumbuhan tanaman. EM diaplikasikan sebagai inokulan untuk meningkatkan kergaman dan populasi mikroorganisme di dalam tanah dan tanaman, yang selanjutnya dapat meningkatkan kesehatan, pertumbuhan, kuantitas dan kualitas produksi tanaman. Disamping diterapkan pada tanah dan tanaman,
Dengan cara tersebut EM dapat menekan pertumbuhan mikroorganisme pathogen yang selalu merupakan masalah pada budidaya monokultur dan budidaya tanaman sejenissecara terus menerus (continuous cropping).
Hasil penelitian telah membuktikan bahwa pemberian EM sebanyak 4 kali pada tanaman setahun, contohnya padi, sayur, palawija, dll. Dari minggu pertama sampai menggu keenam, dalam interval waktu 7-10 hari, dapat memperpanjang efektivitas EM. Pada tanaman tahunan, seperti karet, kopi, panili, anggur, dll, EM diaplikasikan secara kontinyu dalam interval waktu 3-4 minggu.
Hal tersebut dapat menjamin populasi EM yang tinggi di dalam tanah sampai tanaman melewati periode kritis akibat stres lingkungan (kekeringan, kepanasan, gulma, patogen). Dalam periode kritis tersebut, tanaman paling banyak kehilangan kemampuan produksinya. Akan tetapi, dengan perlakuan EM, tanaman akan melewati periode kritis dengan baik, penampakan tanaman menjadi tegar, sehat dan tahan terhadap stres lingkungan.
Kombinasi perlakuan EM dan pupuk organic (pupuk kandang, pupuk hijau, kompos, dll) akan mempercepat perkembangan populasi EM di dalam tanah, sehingga efektivitasnyapun meningkat.
EM terdiri dari 5 (lima) jenis mikroorganisme utama, yaitu bakteri fotosintetik, ragi, Lactobacillus, Actinomycetes dan Streptomyces, yang bekerja secara sinergis (saling menunjang) untuk menyuburkan tanah dan meningkatkan pertumbuhan tanaman.
Selain itu teknologi EM juga sebagai cara pembuatan pupuk Kompos yang dibuat dengan teknologi disebut Bokashi. Bahan bakunya dapat terdiri baerbagi bahan organic, seperti misalnya jerami padi, pupuk kandang, dedak.(Di terbitkan Oleh Majalah Jalur Kalbar/WAHYU SETIAWAN )
TERNAKAN
Disemprotkan pada kandang ternak untuk menghilangkan polusi bau pada limbah ternak,
dicampurkan pada air minum dan makanan ternak untuk memperbaiki mikroorganisme yang ada dalam perut ternak sehingga pertumbuhan dan produksi ternak menjadi meningkat.
EM yang diminumkan dengan dosis tertentu pada minuman ternak, hidup dalam usus ternak, berfungsi untuk menekan populasi mikroorganisme pathogen di dalam usus sehingga ternak menjadi sehat.
PERIKANAN
EM juga dapat diterapkan dalam pengolahan limbah untuk mempercepat penguraian air limbah, memperbaiki tanah dasar tambak untuk mempercepat pertumbuhan ikan dan udang,
EM memfermentasikan sisa-sisa pakan dan kulit udang/ikan pada tanah dasar tambak, sehingga gas beracun (metan, dan H2S, Mercaptan, dll) dan panas pada tanah dasar tambak menjadi hilang, untuk selanjutnya udang/ikan dapat hidup dengan baik. Dengan cara yang sama EM juga memfermentasikan limbah dan kotoran ternak, hingga lingkungan kandang menjadi tidak bau, ternak tidak mengalami stress sehingga nafsu makannya meningkat.
BENGKEL TEKNOLOGI EM
Pernahkah anda terfikir penguasaan teknologi EM mampu menjadikan anda seorang jutawan ? Apa tidaknya, EM diguna dengan meluas dan berkesan dalam pembersihan dan peningkatan kualiti alam sekitar. Ini pasti memberi anda peluang berniaga dengan kerajaan atau ajensinya. Berniaga dengan kerajaan atau ajensinya menjanjikan bayaran yang terjamin.
Bayangkan berapa banyak sungai yang tercemar ? JPS telah memperkenalkan program “Cintai Sungai Kita”. Hanya teknologi EM yang mampu mengatasi masalah pencemaran Sungai ! . Sungai Juru, Sungai Senget, Sungai Hiliran dan banyak lagi sungai bawah program ini. Tahukah anda jutaan ringgit dibelanja untuk membeli EM dan mudball bagi membersih sungai –sungai ini. Masih ada ribuan sungai yang menunggu masa untuk dibersihkan.
Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah menghadapi masalah longkang dan parit tercemar. Ribuan kilometer longkang dan parit menunggu teknologi EM untuk atasi pencemaran. Jutaan ringgit perlu dibelanja oleh Pihakberkuasa Tempatan untuk penggunaan EM dan mudball.
Tidak kurang juga banyak longkang dan parit yang mengeluarkan bau busuk akibat pencemaran. Teknologi EM terbukti berkesan menghilangkan bau busuk.
Belum lagi ambilkira kegunaan bidang pertanian, ternakan dan perikanan, teknologi EM member sumbangan yang besar bertindak sebagai baja organic, pembunuh serangga, priobiotik dan sebagainya ribuan kegunaan lain.
Dalam kursus ini anda bukan sahaja diberi penguasaan teknologi EM tetapi diperteguhkan dengan strategi berkesan pemasaran ke jabatan dan ajensi kerajaan.
2. Aplikasi EM Dalam Rawatan Alam Sekitar
i. Pembersihan Sumber Air
ii. Merawat Tapak Pelupusan Sampah
iii. Rawatan Tandas Awam
3. Aplikasi EM dalam pengurusan pengomposan sisa organik
4. Aplikasi EM dalam pengurusan tangki septik
5. Aplikasi EM dalam pengurusan pembusukan
6. Aplikasi EM dalam merawat longkang, sungai dan tasik
7. Aplikasi EM dalam pengurusan pertanian dan landskap
8. Aplikasi EM dalam ternakan dan perikanan
9. Sterategi perniagaan EM dengan jabatan/agensi kerajaan
8. Aplikasi EM dalam ternakan dan perikanan
9. Sterategi perniagaan EM dengan jabatan/agensi kerajaan
Berminat sila e-mail nama, alamat, no handphone, astapbaru@gmail.com